wikepedia ----- >
"Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal"
Entry kali pasal masalah yg Cik Hany hadapi sejak dah lama dulu lagi, tapi tak da la official doktot sah kan Cik Hany ada masalah disleksia. Nanti tak pasal-pasal kena daftar OKU. Hahaha, kurang2 dapat la Rm150 dari Jabatan Kebajikan. Banyak tu....... haha..
Dulu, kalau menulis karangan mesti Cik Hany kena marah. Paling koman pon kena cubit perut sebab selalu salah eja. Cikgu kata Cik Hany careless. Pemalas nak recheck karangan.
Lagi satu, Cik Hany sampai hari ni tak boleh hafal sifir even sifir 3.. Yang paling Cik Hany x boleh hafal tu sifir TUJUH.............. dengar tu kawan2. Sifir TUJUH..
Satu darab tujuh........tujuh
Dua darab tujuh........pat belas
pas tu
Tiga darab tujuh.....dua puluh lapan
pas tu
errrrrrrrrrrr.........x engat dah
hahaha..sumpah tak tipu
Yang pelik tu kan, Cik Hany bole pulak dapat A1 bagi subjek Mathematik & B3 untuk Add Math masa SPM.. Saya tak fail okes untuk subjek Math...........kekekeke..
Jangan riak Cik Hani.......tuhan marah (bermonolog sendirian)
Pas tu, Cik Hany TAK CEKAP nak bezakan KIRI & KANAN... . Satu hari tu, Cik Hany sampai nak excident sebab adik Cik Hany suruh belok kanan, tapi Cik Hany belok kiri. Nasib baik x jatoh gaung longkang..... Alhamdulillah masih selamat
Papa pun, Cik Hany bersyukur sebab masalah yg Cik Hany hadapi tak da lah seteruk orang lain.. Alhamdulillah.
CIRI-CIRI PENGIDAP DISLEKSIA
- Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
- Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
- Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
- Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
- Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
- Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
- Sering berlaku di kalangan lelaki.
- Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
- Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa'
- Pelupa (terbaca kat na tah)
Yang mana Cik Hany Bold & Italic tu yang mana ciri-ciri yang ada kat Cik Hany lah...... Okis, The End lah.......Semoga semakin tua semakin berkurang lah masalah-masalah ni. .Bosan tol.